Terma & Syarat

1. Penganjur & Kalayakan
  a) Peraduan ini dianjurkan oleh Sri Nona Food Industries Sdn Bhd & Yew Len Marketing Sdn Bhd (Pihak Penganjur) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  b) Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini :
    [i] Kakitangan Pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu-bapa, adik-beradik, termasuk suami / isteri) dan / atau
    [ii] Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan / atau promosi pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga mereka yang terdekat
        (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami / isteri).
2. Tempoh
  a) Peraduan ini akan berlangsung mulai 15 Jun hingga 15 Ogos 2013 (Tempoh Peraduan). Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
3. Penyertaan Borang & Kriteria Kelayakan
  a) Setiap pembelian produk NONA atau ORI yang bernilai RM15.00 ke atas melayakkan anda untuk menyertai Peraduan ini. Sila rujuk kepada jadual Bukti Pembelian untuk senarai produk NONA dan ORI yang turut serta.
  b) Setiap penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan dengan menggunakan borang asal, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki dan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki.
  c) Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, penyertaan dengan Bukti Pembelian yang salah dan / atau rosak akan dibatalkan.
  d) Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti penyertaan seperti yang tertakluk di dalam terma dan syarat peraduan.
4. Liabiliti & Tanggungjawab
  a) Perserta dan pemenang akan bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat mengambil bahagian dalan Peraduan serta semasa menebus dan / atau menggunakan hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawab Penganjur bagi sebangai liabiliti.
  b) Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan / atau kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab tunggal perserta-perserta dan pemenang-pemenang sepenuhnya.
5. Hak-hak Penganjur
  a) Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan / atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan / atau perdagangan dan / atau publisiti, tanpa pemberian sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
6. Terma & Syarat
  a) Keputusan pengadill adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayani.
  b) Dengan memyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan, serta keputusan pihak Penganjur.