Hidangan berasaskan nasi yang utama pada musim perayaan di Malaysia dan biasanya diperbuat dari nasi ataupun pulut. Ketupat dan Palas secara tradisinya direneh dan dibalut dengan daun kelapa di mana penyediaannya mungkin mengambil masa berjam-jam. Untuk Lemang pula, ia dibakar di dalam buluh selama 3-4 jam. Kini, anda boleh menikmati hidangan aromatik ini dalam masa 45 minit sahaja, dengan pembangunan inovatif. NONA kini menawarkan Ketupat, Ketupat Palas, dan Lemang yang dihasilkan daripada beras yang dipilih dengan teliti dan dibungkus dengan plastik Lembaran Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE), yang boleh menahan haba sehingga 106°C. Selain dihidangkan dengan kuah kacang yang kaya dengan rasa atau rendang/kari yang enak, ia juga boleh digunakan dalam hidangan tradisional lain seperti Lontong, Soto, atau juga Ketupat Goreng.