Pes Asam Jawa dan Tom Yam NONA mempunyai standard kualiti yang tinggi. Pes Asam Jawa NONA direka untuk memberikan rasa yang enak, berperisa, dan semestinya lengkap untuk hidangan anda. Apabila bercakap tentang perisa Tom Yam sebenar, Pes Tom Yam NONA satu-satunya yang tidak menjejaskan warna atau tekstur makanan. NONA telah menghasilkan pes dalam bentuk ampaian berkoloid separa cecair, yang praktikal dan mudah digunakan di dapur.
Sos Tiram NONA ialah sos serba guna yang biasanya digunakan untuk perapan, menumis, penggorengan kering (air fryer), memanggang, pencicah dan pelbagai cara masakan yang lain. Sos ini diperbuat daripada ekstrak tiram terpilih dan bahan yang disahkan halal. Rangsangan umami Sos Tiram NONA akan memperkayakan apa-apa jenis hidangan lazat, sama ada berasaskan Asia atau Fusion. NONA menawarkan beberapa pilihan sos tiram, berdasarkan bahan-bahan sayuran, makanan laut, dan juga daging, yang memberi citarasa yang tersendiri dan menambah perisa pada masakan anda. Sos Tiram NONA ini rendah natrium, menjadikannya pilihan yang lebih sihat untuk rasa yang enak.
Sos Masakan NONA ialah inovasi masakan kontemporari yang bertujuan untuk memudahkan masakan Asia Tenggara. Anda kini boleh menyediakan hidangan yang kaya dengan rasa dan aroma yang sama seperti makanan yang disediakan dengan menyediakan bahan-bahan mentah dari mula. Masakan-masakan seperti Char Koay Teow, Nasi Goreng, dan Mi Goreng boleh disediakan dan dihidangkan dalam masa kurang dari sepuluh minit. Kisar bawang putih, bawang besar, atau cili? Menyukat gula, garam, atau rempah? Tidak perlu! Capai tahap penggemar makanan dalam masakan Asia Tenggara tanpa usaha tambahan. Sediakan hidangan anda dalam beberapa minit dengan Sos Masak NONA dan nikmatilah era moden penyediaan makanan.
Kicap telah digunakan sebagai penambah perisa makanan berbentuk cecair di kebanyakan masakan Asia selama lebih 2500 tahun. Kicap NONA dihasilkan melalui penapaian artisanal daripada pes kacang soya terpilih, bijirin bakar, air garam dan fungus Aspergillus Oryzae. Bahan-bahan ini akan mengeluarkan rasa terbaik kicap apabila anda menikmatinya. Ia boleh digunakan untuk memasak, memerap, mencecah dan pelbagai lagi cara masakan. NONA juga akan memastikan ia menepati cita rasa semua dengan rasa umami yang hebat.
Pengekstrakan Minyak Bijan NONA dijalankan pada suhu yang sesuai dan di bawah kawalan kebersihan yang ketat, di mana biji-biji bijan bakar didedahkan kepada tekanan yang tinggi. Minyak bijan yang dihasilkan berwarna ambar lutsinar dengan aroma yang menyelerakan serta rasa kacang yang enak. Gunakan Minyak Bijan NONA sebagai penambah rasa atau pelengkap hidangan anda semasa memasak. Ia juga boleh menghalang nasi dari melekat di kuali!
Rahsia mereneh sup yang baik adalah dengan mengekalkan budaya sambil memastikan kualiti hidangan. Anda tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam menyediakan sup NONA yang menggiurkan untuk memenuhi selera tempatan dan antaranbangsa! NONA telah mendedikasikan pengetahuannya untuk mencipta produk jimat masa dan tenaga dalam menghasilkan adunan rempah sup yang halal dan bersih. Jintan manis, ketumbar, dan bunga lawang adalah tiga rempah ratus, yang menjadikan sup lebih lazat serta dibungkus dan diperoleh dari sumber tempatan.
Tepung adalah bahan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai resipi, dan merupakan salah satu sumber utama karbohidrat dan gluten. NONA menawarkan pelbagai jenis tepung campuran sedia untuk dimasak yang boleh digunakan untuk membuat pelbagai juadah manis, termasuk goreng pisang kegemaran rakyat Malaysia. NONA juga menjual tepung pra campuran untuk membuat cucur, makanan ringan tradisional Malaysia yang sesuai untuk minum petang.