NONA Pisang Goreng Bersama Kicap Pedas Asam Jawa
Bahan-Bahan Istimewa NONA

Tepung Goreng Pisang NONA
Kicap Lemak Manis NONA
Asam Jawa XXtra NONA


Bahan-bahan
  • 1 tandan pisang tanduk (dipotong serong)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 biji cili padi (dikisar)
  • 250ml air
  • Minyak
  • Gula
  • Garam


Cara-cara masak Kicap Pedas Asam Jawa NONA
  1. Panaskan minyak lalu goreng bawang putih dan cili sehingga layu.
  2. Kemudian, angkat dan tos minyak lebihan sebelum mengisar kedua-dua bahan tersebut.
  3. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan Kicap Lemak Manis NONA untuk rasa yang berlemak serta Asam Jawa XXtra NONA untuk tambahan rasa
  5. Kisar semua bahan-bahan berikut dan sedia untuk dihidang.

Cara-cara masak Pisang Goreng
  1. Gunakan 1 paket Tepung Goreng Pisang NONA bersama 250ml air lalu kacau sehingga adunan sebati.
  2. Masukkan pisang tanduk yang telah dipotong serong ke dalam adunan lalu goreng di dalam minyak panas. Bolak balikkan pisang supaya kedua-dua bahagian masak sepenuhnya.
  3. Apabila pisang goreng kelihatan perang keemasan, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama Kicap Pedas Asam Jawa NONA dan air Minuman Halia Bermadu NONA.

  Muat Turun Resipi