NONA Ayam Kicap Halia
Bahan-Bahan Istimewa NONA

Kicap Lemak Manis NONA
Kicap Masin NONA
Sos Berperisa Tiram NONA
Ketupat Ala Nasi Ayam NONA


Bahan-bahan
  • Ayam
  • 1 ½ inci Halia (dihiris)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 2 biji cili padi (dibelah dua)
  • ½ biji bawang holland (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • Cendawan shitake (dihiris)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung


Cara-cara memasak
  1. Panaskan air sehingga mendidih lalu masukkan serbuk perasa Ketupat Ala Nasi Ayam yang telah disediakan dalam bungkusan lalu kacau rata.
  2. Kemudian, masukkan ketupat yang telah dicuci dan biarkan Ketupat Ala Nasi Ayam NONA masak selama 45 ke 60 minit.
  3. Sambil menunggu ketupat masak, perap ayam bersama garam, lada sulah dan lada hitam dan goreng di dalam minyak panas.
  4. Sediakan mangkuk dan campurkan Kicap Lemak Manis NONA, Kicap Masin NONA dan Sos Berperisa Tiram NONA dan campurkan sedikit air.
  5. Panaskan minyak lebihan menggoreng ayam tadi dan tumiskan bawang holland, bawang putih, halia dan cili padi.
  6. Kemudian, masukkan cendawan shitake dan campuran kicap yang digaul tadi.
  7. Masukkan cili hijau yang telah dibelah dua dan masukkan ayam yang telah digoreng lalu kacau sebati bersama kuah kicap halia. Masukkan tepung jagung untuk menjadikan kuah anda lebih pekat.
  8. Setelah kuah menjadi pekat, tutup api dan hidangkan bersama Ketupat Ala Nasi Ayam NONA yang direbus tadi, bersama Puding Jelly Perisa Strawberi NONA

  Muat Turun Resipi