NONA Udang Galah Masak Kicap Berempah dari Resepi Dapur Cik Wani


Bahan-Bahan Istimewa NONA

½ cawan Kicap Lemak Manis NONA
2 sudu besar Kicap Masin NONA
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram NONA
2 sudu besar air Asam Jawa Xxtra NONA


Bahan-bahan
  • 1kg Udang Galah
  • 3 biji Bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas Bawang putih (dikisar)
  • 1 inci Halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar Serbuk kari daging
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • 3 biji cili (dihiris)
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)


Cara-cara memasak
  1. Gorengkan udang galah sehingga masak dan ketepikan
  2. Gunakan lebihan minyak goreng udang tadi, masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih & halia) bersama cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daun kari, serbuk kari daging dan sedikit air. Tumiskan sekali lagi.
  4. Tambahkan serbuk jintan putih, Sos Berperisa Tiram NONA, Kicap Lemak Manis NONA, air Asam Jawa Xxtra NONA, bahan perasa dan sedikit air
  5. Kacau sehingga pekat kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi, bersama hirisan tomato, cili dan bawang Holland
  6. Kacau sebati dan siap untuk dihidang!

  Muat Turun Resipi