NONA Lontong Ketam
Bahan-Bahan Istimewa NONA

Ketupat Ala Nasi Ayam atau Ala Nasi Lemak NONA, rebus, sejukkan dan potong kiub


Bahan-bahan
  • 6 ekor ketam bunga, dibersihkan dan dibelah dua
  • 8 batang kacang panjang, potong 2 inci panjang
  • 2 tauhu, potong kiub dan digoreng
  • 50gm fucuk, potong 1 inci panjang, rendam dalam air
  • 1 batang lobak merah, potong batonnet (saiz kentang goreng)
  • 1 lobak kecil, potong batonnet
  • 2 tempe, potong dadu
  • ¼ biji kubis, potong kiub 2 inci
  • 1.5 liter santan
  • 1 cawan air
  • 1 genggam suhoon
  • 4 batang serai, diketuk
  • 2 inci lengkuas, diketuk
  • 1 asam gelugur
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan Kisar
  • 1 biji bawang merah besar
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 4 biji cili padi merah
  • 1 inci kunyit
  • 1/3 cawan udang kering, rendam dalam air panas
  • ¼ cawan ikan bilis, rendam dalam air panas

Bahan-bahan Sambal
  • Minyak masak
  • 1 cawan pes cili kering
  • 3 biji cili merah, dikisar
  • 4 biji cili padi merah, dikisar
  • 5 ulas bawang putih, dikisar
  • 10 biji bawang merah, dikisar
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • 4 sudu besar gula
  • Garam

Bahan-bahan Hiasan
  • Ketumbar, dicincang
  • 6 biji telur rebus, potong empat


Cara-cara memasak Sambal
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan pes cili kering.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan kisar dan belacan, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan gula dan garam. Matikan api dan biarkan sejuk. Ketepikan.

Cara-cara memasak Kuah Lontong
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan asam gelugur dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula.
  3. Biarkan mendidih lagi selama 5 minit. Kemudiakan masukkan ketam. Tutup periuk dan biarkan ketam masak dengan api sederhana selama 6 minit. Keluarkan ketam dan ketepikan.
  4. Masukkan semua kesemua jenis sayur, bersama lengkuas, serai, tauhu, fucuk, tempe dan suhoon. Biarkan mendidih sehingga semua sayur masak sepenuhnya.
  5. Angkat dari api dan hidangkan bersama Ketupat Ala Nasi Ayam atau Ketupat Ala Nasi Lemak NONA, ketam, bahan perasa lain dan sambal.

  Muat Turun Resipi