NONA Sapuan Roti
Sapuan Roti NONA dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, halal dan bersih bagi memenuhi keinginan gabungan berperisa untuk digandingkan dengan roti dan biskut. NONA juga menyediakan pelbagai jenis perisa untuk menarik minat selera tempatan dan antarabangsa tanpa mempengaruhi tekstur selembut sutera yang biasanya dikaitkan dengan sapuan mewah. Sapuan roti NONA boleh digunakan pada roti, biskut atau makanan-makanan bakar untuk memberikan salutan penuh rasa manis. Anda boleh memilih daripada lima perisa, termasuk kaya yang klasik, anggur hitam, buah-buahan campuran, nanas atau strawberi.