NONA Daging Masak Hitam dari Dunia Resepi


Bahan-Bahan Istimewa NONA

½ cawan Kicap Manis NONA


Bahan-bahan
  • 1kg daging
  • Tepung gandum
  • 1kg Bawang merah
  • 5 ulas Bawang putih
  • Segenggam cili kering
  • Segenggam udang kering
  • ½ cawan serbuk gula merah
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/3 cawan madu
  • 1 batang serai
  • Minyak masak


Cara-cara memasak
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili kering. Kemudian kisarkan semua bahan goreng ini sehingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serbuk gula merah, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, madu dan Kicap Manis NONA
  3. Masukkan daging dan gaul rata. Simpan daging perapan semalaman
  4. Goreng daging yang diperap dengan minyak secukupnya
  5. Masukkan serai dan goreng sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
  6. Siap dan boleh dihidang!

  Muat Turun Resipi