NONA Ketupat Ala Korea 

Bahan-Bahan Istimewa NONA 
Ketupat NONA
Sos Berperisa Tiram NONA
Minyak Bijan NONA
Bahan-bahan
- 1 mangkuk kecil Ikan bilis kering besar
- 4 keping rumpai laut kering
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 biji telur rebus
- 1 sudu besar gula merah
- 6 biji bebola udang
- 4 Cawan Air
- Daun Bawang
- Timun(hiasan)
Cara-cara masak
- Rebus ketupat NONA sehingga ketupat masak dan setelah siap direbus, potong ketupat menjadi bentuk panjang seperti rice cake (tteokbokki).
- Untuk sos ala korea, panaskan periuk berisi air lalu masukkan ikan bilis dan kombu atau rumpai laut kering dan biarkan selama 15 – 20 minit sehingga naik bau.
- Sediakan mangkuk untuk campurkan semua pes tadi iaitu, sos cili, serbuk cili, gula merah, Sos Berperisa Tiram NONA dan Minyak Bijan NONA. Gaul rata semua bahan-bahan menjadi pes.
- Apabila air di dalam periuk mulai mendidih, asingkan kombu dan ikan bilis kemudian masukkan pes yang sudah siap tadi. Kacau perlahan di dalam air rebusan.
- Masukkan bebola udang yang telah direbus, telur rebus dan daun bawang untuk menaikkan bau.
- Apabila kuah Korea sudah sebati, masukkan Ketupat NONA yang telah dipotong secara memanjang ke dalam periuk dan gaul perlahan supaya kuah dan Ketupat menjadi rata.
- Ketupat Ala Korea NONA sedia untuk dihidangkan dengan hirisan timun dan pencuci mulut Puding Cendol NONA.