NONA Sup Tulang Bersama Kicap Pedas
Bahan-Bahan Istimewa NONA
Sup Uncang NONA
Ketupat Mini NONA
Kicap Masin NONA
Kicap Manis NONA
Bahan-bahan
- 1/2kg tulang lembu dan isi
- 1 mangkuk air rebusan daging
- 1 biji bawang merah (dikisar)
- 5 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci lengkuas (dihiris)
- 1 batang serai (dititik)
- 1 inci halia (dikisar)
- 1 sudu rempah soto
- 1 kiub pati daging
- 4 sekawan
- Garam
- Minyak
Bahan-bahan Kicap Pedas NONA
- 5 ulas bawang putih
- 8 batang cili padi
- Minyak
Cara-cara memasak
- Panaskan periuk berisi air dan tunggu sehingga mendidih sebelum memasukkan Ketupat Mini NONA yang telah dicuci bersih.
- Rebus selama 60 minit sehingga Ketupat Mini NONA masak.
- Sementara menunggu ketupat masak, panaskan minyak di dalam periuk lalu tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan 4 sekawan, serai dan rempah soto untuk menambah perasa lalu gaul perlahan.
- Apabila bahan tumisan keperangan, masukkan tulang lembu dan isi daging bersama-sama air rebusan daging. Masukkan Sup Uncang NONA, kiub pati daging dan sedikit garam lalu kacau semua bahan-bahan sebelum tutup periuk untuk biarkan daging empuk.
- Sementara menunggu daging empuk, anda boleh sediakan Sambal Kicap NONA.
- Panaskan minyak lalu tumis bawang putih dan cili padi sehingga sedikit garing. Asingkan dan masukkan ke dalam pengisar.
- Selepas itu, masukkan kicap masin NONA mengikut citarasa anda dan juga Kicap Manis NONA untuk rasa kicap yang seimbang. Kisar sehingga semua bahan sebati dan asingkan.
- Hidangkan soto bersama sambal kicap, ketupat NONA, taugeh, daun sup & bawang, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah.